fbpx

9 jam bertarung nyawa bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua nelayan berkenaan yang berjaya diselamatkan selepas sembilan jam 'bergelut' dengan air selepas bot mereka karam malam semalam.

KOTA TINGGI – Dua nelayan terpaksa ‘bergelut’ dengan air selama sembilan jam selepas bot mereka karam dipukul ombak dalam kejadian berlaku di perairan Tanjung Sedili, malam semalam.

Mangsa, Abdul Halim Ghani, 50, bersama rakannya, Mohd. Nor Rizal, 38, yang memakai jaket keselamatan berjaya diselamatkan selepas ditemui terapung berpaut pada pelampung oleh bot pemancing.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat dari Zon Maritim Tanjung Sedili berkenaan kejadian itu pada pukul 10.45 malam.

“Kita menerima aduan berkenaan sebuah bot nelayan tempatan yang hampir karam pada kedudukan 4.3 batu nautika timur laut Tanjung Sedili Kechil.

“Bertindak atas aduan, Zon Maritim Tanjung Sedili telah mengaturgerak Bot KILAT 16 bagi menyelamatkan mangsa namun keadaan cuaca buruk menyebabkan bot ronda Maritim Malaysia hampir terbalik akibat dipukul ombak dan menghalang operasi carilamat.

“Zon Maritim Tanjung Sedili juga turut mendapatkan bantuan daripada komuniti nelayan Tanjung Sedili bagi menyelamat mangsa namun usaha tersebut turut gagal akibat cuaca laut yang teruk dan jarak penglihatan yang terhad,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pada pukul 8.30 pagi pihak MRSC Johor Bahru telah menerima maklumat bahawa kedua-dua mangsa telah ditemui pada jam 8.15 pagi oleh bot pancing yang turut menyertai misi pencarian mangsa.

Katanya, mangsa ditemui pada kedudukan empat batu nautika timur laut dari posisi bot mereka yang karam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI