fbpx
Pegawai penguat kuasa MPKL menunjukkan notis penutupan terhadap bengkel membaiki kenderaan. GAMBAR HIASAN

Ingkar SOP: 276 ditahan, 25 premis diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 276 individu ditahan dengan 255 dikompaun manakala 21 lagi direman.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 25 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana didapati ingkar SOP.

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,419 kilang, 17,051 premis perniagaan, 415 tapak pembinaan dan 189 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sembilan pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan tiga kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng selain 909 sekatan jalan raya di seluruh negara dijalankan.

Menyentuh kuarantin wajib, beliau berkata, 901 individu tiba di tanah air dengan jumlah kumulatif seramai 265,500 sudah diarahkan menjalani proses mandatori itu sejak 24 Julai tahun lalu.

“Sejumlah 9,707 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 83 hotel serta 11 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” jelas Hishammuddin.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN