fbpx
Gambar hiasan

Agong, Permaisuri zahir tahniah kepada Azizulhasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah pelumba basikal trek negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang, di atas kejayaan beliau merangkul pingat perak dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau membawa pulang pingat perak buat kontinjen negara di kejohanan sukan terbesar dunia tersebut, sekali gus melakar sejarah buat sukan lumba basikal trek negara dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Seri Paduka Baginda berdua menyifatkan pencapaian Mohammad Azizulhasni ini sebagai pencapaian yang amat bermakna kepada Malaysia.

“Semestinya seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan oleh Mohammad Azizulhasni,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan barisan kejurulatihan pasukan basikal trek negara serta seluruh kontinjen negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga semua atlet negara akan memperoleh kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama negara di kejohanan-kejohanan mendatang,” tambahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN