fbpx
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta terbakar selepas melanggar pokok yang mengakibatkan pemandunya maut dalam kejadian di Jalan Sungai Jai, Lenggeng, Seremban hari ini.- Foto IHSAN BOMBA

Lelaki rentung, kereta terbakar selepas langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki rentung dalam kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Jai, Lenggeng, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kemalangan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa berumur 33 tahun yang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Mantin telah hilang kawalan.

Ia lalu terbabas memasuki laluan bertentangan ke bahu kanan jalan dan melanggar sebatang pokok hingga mengakibatkan kereta tersebut terbakar.

“Akibat kemalangan, mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa yang rentung dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Mantin, Penolong Penguasa Bomba, Priscilla Carol Thomas berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada pukul 9.37 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati terdapat seorang mangsa yang belum dikenal pasti identitinya telah terbakar dan rentung di dalam sebuah kenderaan Proton Saga FLX yang musnah 100 peratus. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN