PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan membuat penampilan pertama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila turun menentang pemain Ukraine, Artem Pochtarov di Musashino Forest Sport Plaza dalam saingan Kumpulan M pada pukul 5.40 petang ini.
Meskipun turun menentang pemain tidak ternama, Zii Jia wajib memenangi perlawanan itu bagi memastikan tempat ke pusingan 16 pasukan terakhir lebih terjamin.
Sebagai rekod, kedua-dua pemain pernah membuat perhitungan sebanyak dua kali sebelum ini pada 2017 dengan masing-masing mencatat satu kemenangan.
Pada masa sama, beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean juga akan menggalas cabaran negara apabila turun menentang pasangan No.1 dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota pada pukul 6.20 petang. – K! ONLINE