fbpx

Semoga jadi asbab penghapus dosa – Hefny Sahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hefny mengesahkan dirinya kini positif Covid-19 dan menerimanya sebagai asbab penghapus dosa.

PETALING JAYA – Penyampai radio Sinar FM, Hefny Sahad mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas seminggu menerima suntikan vaksin.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Hefny berkongsi sekeping foto pergelangan tangannya yang dipakaikan gelang berwarna merah jambu.

“Semoga menjadi asbab penghapus dosa,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tambah Hefny atau nama sebenarnya Mohamed Hefny Sahad, 34, dia bersyukur apabila keadaan kesihatannya kini semakin baik, berbanding beberapa hari lalu.

“Alhamdulillah, keadaan saya baik-baik sahaja berbanding tiga dan empat hari lalu.

“Nanti saya kongsi sedikit kronologi dan simptom yang saya lalui sepanjang beberapa hari supaya dapat belajar sesuatu dan bersedia. Stay safe guys! (kekal selamat semua),” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menitipkan doa buat Hefny agar segera sembuh seperti sedia kala.

“Aku doakan kau cepat sembuh okay!. Walaupun kau suka sakitkan hati, aku doakan kau kuat dan diberikan kesihatan yang baik supaya kembali jadi supir (pemandu) aku seperti sedia kala,” tulis Siti Elizad yang merupakan rakan gandingan menerusi segmen Duo Sinar.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Aeril Zafrel, Aprena Manrose, Sweet Qismina dan gitaris legenda, Man Kidal sebelum juga pernah disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI