fbpx
Mayat wanita itu dibawa keluar dari rumahnya yang terbakar pada pagi ini.

Wanita maut kebakaran menderita kanser otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang wanita yang ditemui mati dalam kebakaran rumah di Kampung Bohor di sini pagi ini merupakan pesakit kanser otak.

Mangsa dikenal pasti sebagai Azmiza Azmi, 51, yang menderita kanser otak sejak berusia 19 tahun.

Bapa mangsa, Azmi Zain, 71, memberitahu, dia tinggal bertiga bersama mangsa dan anak bongsunya, Fazrul Hisham, 36, di rumah berkenaan.

Katanya, ketika kejadian Azmiza yang merupakan anak sulung daripada empat beradik berada di rumah bersendirian.

“Saya pergi ke rumah kawan untuk mengajaknya teman ke pusat vaksin petang ini manakala Fazrul bekerja di Jitra,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN