fbpx
Saarani.

Belum ada laporan peneroka durian haram di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Tiada sebarang laporan diterima berkaitan penanaman durian secara haram di tanah kerajaan mahupun hutan simpan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya sedang menunggu sekiranya terdapat laporan seperti insiden di Raub Pahang.

“Setakat ini belum dapat laporan sahih lagilah dan kita kena kaji betul-betul sebab ia tidak boleh tuduh sebarangan.

“Kalau ada apa-apa laporan kita kena buat kajian daerah mana, kawasan mana, mukim mana, siapa terlibat mengusahakannya,” katanya kepada pemberita pada sidang media secara dalam talian hari ini.

Saarani turut mengingatkan semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya menceroboh tanah kerajaan terutamanya hutan simpan kekal.

“Ini bukan perkara baharu, saya jadi wakil rakyat dah lima penggal dah banyak kali dengar nasihat daripada kerajaan supaya orang ramai tidak menceroboh tanah kerajaan, apatah lagi kalau hutan simpan kekal.

“Mereka bukan sahaja melakukan kesalahan menceroboh tanah kerajaan malah telah menebang pokok-pokok hutan simpan tanpa ambil kira ada banyak faktor lain,” katanya.

Menurut Saarani, penerokaan tanah haram juga tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat malah juga kerajaan negeri.

Tegasnya, pencerobohan hutan simpan kekal juga bakal memberi kesan pada generasi akan datang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN