fbpx

Lagi kes perancah besi jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kereta yang rosak selepas perancah besi terjatuh di kawasan pembinaan bersebelahan Flat Sri Sabah, hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

KUALA LUMPUR – Tujuh buah kenderaan rosak selepas perancah besi terjatuh dalam satu kejadian di kawasan pembinaan bersebelahan Flat Sri Sabah, Jalan Ikan Emas, Cheras di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.53 pagi daripada orang awam.

“Tujuh anggota bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati plat perancah besi telah terjatuh ketika kerja-kerja mengangkat sedang dilakukan kren dan menghempap tujuh buah kereta,” katanya.

Mengulas lanjut, kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira sejam kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI