fbpx

Kerja baik pulih Menara Ladang Sibol B siap dua hari awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerja-kerja baik pulih menara komunikasi di Menara Ladang Sibol B, Kota Tinggi, Johor yang terbakar Selasa lalu berjaya dipulihkan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja berkenaan telah siap sepenuhnya dua hari awal daripada jangkaan hari Selasa depan seperti yang ditetapkan sebelum ini.

“Menara komunikasi tersebut merupakan menara milik pihak Maxis yang dikongsi bersama dengan Celcom.

“Pengguna setempat yang mengalami gangguan akibat kejadian tersebut kini sebelum ini, akan dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan internet seperti sedia kala,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI