fbpx

[VIDEO] Suami mengaku tidak bersalah pukul isteri hingga koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang sedang hamil hingga koma, 4 Mei lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isteri ketiganya yang sedang hamil sehingga koma, awal bulan lalu.

Tertuduh, Rosmaini Abd. Raof, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim V. M Mabel Sheela.

Lelaki yang mempunyai tiga isteri itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Jahidah Nordin@Sylvester, 43.

Tertuduh didakwa memukul kepala, muka, tangan serta menghentakkan kaki pada belakang tangan sehingga cedera parah.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin di sini pada pukul 6 pagi, 4 Mei lalu.

Berita berkaitan: Isteri hamil parah dibelasah suami

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda serta 326A kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd. Rahman menawarkan jaminan RM30,000.

Tertuduh bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan atas alasan menanggung tujuh anak dan tiga isteri.

Mahkamah membenarkan Rosmaini diikat jamin RM7,000 dengan dua orang penjamin.

Lelaki itu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain tidak boleh mengganggu mangsa.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI