fbpx
Dua suspek (kiri dan dua dari kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas direman lima hari di Mahkamah Majistret Dungun, di sini hari ini.

Dua sahabat disiasat kes rogol, menyamar penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Dua sahabat ditahan reman selama lima hari sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan kes perkosa seorang wanita berusia 19 tahun dan menyamar sebagai penjawat awam pada pertengahan bulan lalu.

Perintah reman terhadap kedua-kedua suspek berusia 28 dan 21 tahun itu dibenarkan Majistret Noradila Ab. Latiff di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Sumber berkata, dua lelaki tersebut didakwa menyamar sebagai anggota pencegah maksiat sebelum menahan mangsa dan teman lelakinya berusia 20 tahun di hadapan sebuah rumah tumpangan di Kuala Dungun di sini pada pada 14 Mei lalu.

“Kedua-dua suspek didakwa telah meminta wang tunai RM1,000 daripada wanita itu dan teman lelakinya kononnya bagi menutup kes maksiat dilakukan.

“Permintaan tersebut gagal ditunaikan menyebabkan mereka didakwa telah menahan wanita berkenaan tetapi melepaskan teman lelakinya,” katanya hari ini.

Jelas sumber itu lagi, wanita tersebut yang takut perbuatannya bersama teman lelaki diketahui keluarga dikatakan akur mengikut kedua-dua suspek ke sebuah hotel di daerah ini sebelum mendakwa telah dirogol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan dua lelaki itu ditahan di Paka dekat sini pada pukul 6.15 petang, semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN