fbpx

Pemegang saham AAX lulus pelan penstrukturan korporat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – AirAsia X Bhd. (AAX) telah mendapat persetujuan daripada pemegang sahamnya agar cadangan penstrukturan semula syarikat berjalan seperti yang dirancang, berikutan proses pengundian pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) AAX hari ini.

Keputusan itu menandakan kejayaan besar dalam proses penyusunan semula korporat syarikat, yang mana semua resolusi diluluskan dengan margin sekurang-kurangnya 99.8 peratus.

Kelulusan itu diperoleh serentak dengan rundingan akhir diadakan dengan pemiutang.

AAX dalam siaran akhbar yang dikeluarkan berkata, syarikat dan penasihat penstrukturannya, Seabury Capital, yang berpangkalan di New York telah melakukan perbincangan aktif dan produktif dengan pemajak serta pemiutang lain setelah persetujuan diberikan mahkamah untuk mengadakan mesyuarat yang diarahkan oleh mahkamah (CCM).

“Ia dijadualkan pada akhir bulan Julai atau Ogos.

“AAX komited untuk memulakan semula operasi komersial secepat mungkin, setelah berjaya menyelesaikan rancangan penstrukturan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI