fbpx
Situasi banjir di daerah Beaufort setakat pagi ini.

Sabah catat 4,832 orang mangsa banjir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEAUFORT – Seramai 4,832 orang mangsa banjir membabitkan 1,326 keluarga kini berada di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi daerah Tenom dan Beaufort setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata jumlah itu meningkat berbanding 4,792 mangsa membabitkan 1, 315 ketua isi rumah (KIR) setakat pukul 8 malam tadi.

“Tenom kekal sebagai daerah paling ramai mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS.

“Seramai 4,221 mangsa melibatkan 1,169 keluarga kini masih ditempatkan di 35 PPS seluruh daerah.

“Daerah Beaufort pula mencatatkan bilangan 611 penduduk dipindahkan ke PPS dengan jumlah keluarga sebanyak 157 (KIR),” katanya.

Sementara itu, Jurucakap APM berkata, pihaknya sukar meramalkan situasicbanjir ketika ini ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Orang awam atau penduduk di kawasan rendah serta berdekatan sungai supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca terkini selain memantau anak masing-masing agar tidak bermain banjir,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN