Dua individu dari Indonesia yang berada di Kuantan serta diragui misi mereka berjalan hingga ke Mekah. Kredit foto FACEBOOK MUHD HAFIZ

‘Berjalan sampai Mekah atau scam derma?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna media sosial curiga dengan kedatangan individu tertentu dari negara jiran yang didakwa berjalan merentasi negara ini dengan alasan mahu ke Mekah, sekali gus timbul persoalan sama ada misi ke Tanah Suci itu benar atau sekadar taktik penipuan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Muhd Hafiz pada hantaran pada ‘group’ (kumpulan) Kuantan 2026, dia memuat naik gambar memperlihatkan dua lelaki didakwa dari Indonesia memakai jubah dan beg berserta kain dengan tulisan, ‘Indonesia To Mekah’.

“Selalu tengok kat negara sana je. Budaya ni bawa masuk Malaysia pula ke? Takut scammer je,” katanya pada hantaran berkenaan.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang mendakwa, pernah melihat individu sama di negeri lain beberapa bulan lalu dan timbul persoalan mengapa mereka masih berada di Malaysia dan belum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.

“Kalau tak silap bulan Septembar ada kat Pantai Penarik. Pagi kawasan Penarik, petang tu tengok ada kat pantai lagi,” dakwa pengguna Threads Mohd Hasfu Izhan Jihan.

“Dia dekat sebulan ada kat Terengganu. Saya orang Kemaman. Duduk Kemaman saja dah berapa hari. Masa RXZ member (program), dia ada Kuala Terengganu. Sekarang turun hala ke Kuantan. Kan orang nak pergi Mekah, kena lalu kut Siam, Laos, Myanmar, India, Pakistan, Iran terus ke Arab,” kata MangVesparado Mang Ril.

“Dia orang ni sampai surau tempat aku siap si bilal minta kariah menderma lagi. Katanya jihad di jalan Allah,” dakwa Arjuna Nestapa.

“Orang yang derma tu pun tak mampu nak ke Mekah. Kau minta derma nak ke Mekah. Apa lah perangai. Nak pergi usaha lah kerja 24 jam. Ni kau minta derma buat apa,” kata Zulkarnain Hamid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN