Tangkap layar seekor ular sawa membelit seekor burung di kawasan flat di Wangsa Maju Kuala Lumpur

[VIDEO] ‘Ini baru burung dia belit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemunculan seekor ular sawa bersaiz besar di kawasan perumahan flat Seksyen 10, Wangsa Maju mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk terutama kanak-kanak dan warga emas.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @marlyanabidin, reptilia tersebut dilihat di sekitar Blok C9 berhampiran kediaman ibu bapanya di Blok C10.

Menurutnya, ular berkenaan dipercayai telah membelit seekor burung sehingga mati sebelum menyusup masuk ke dalam lubang longkang.

“Orang awam siapa je yang berani nak tangkap dulu ular sebesar ni? Ni baru burung dia belit dan matikan.

“Ini kawasan flat, budak-budak main bawah flat. Warga emas yang jalan perlahan macam mana nak bergerak laju kalau ular ni datang serang?” katanya di ruangan kapsyen.

Menurutnya, penduduk turut menghubungi Angkatan Pertahanan Awam bagi mendapatkan bantuan.

Hantaran tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya membangkitkan soal keselamatan selain mengaitkan dengan kemusnahan habitat semula jadi.

“Bahaya dekat anak-anak dan warga emas yang berada di kawasan itu,” kata Rieya.

“Begitulah kehidupan haiwan liar, ular itu juga perlu makan. Semua hutan dah ditarah, ular pun terpaksa keluar cari makan,” ujar Sparks. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN