AINA Abdul memukau peminat dengan nyanyian 'cover' lagu tema drama terkenal Filipina, Pengako Sa'yo.

Terpukau dengar versi Pangako Sa’yo Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AINA Abdul memukau ramai lagi apabila memuat naik video menyanyikan lagu tema ikonik drama Filipina popular, Pangako Sa’yo baru-baru ini.

Menyanyikan lagu milik Rey Valera yang sememangnya sudah sedia ada popular itu membuatkan ramai terbuai dengan emosi sehingga meminta dia merakam semula atau mengalih bahasa lagu miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, Aina dihujani pujian netizen kagum dengan sebutan Tagalog yang dikatakan ‘on point’.

“Bagi sahaja lagu susah atau bahasa lain kepada Aina, dia boleh ‘makan’ dengan mudah.

‘Tolonglah Aina rakam semula Pangako Sa’yo. Mengimbau betul kegilaan terhadap drama lakonan Kristine Hermosa dan Jericho Rosales,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN