Fahmi pada sidang akhbar sidang akhbar mingguan pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

MITI runding dengan AS isu buruh paksa, lambakan produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat di Amerika Syarikat (AS) bagi memberi penjelasan berhubung isu lambakan produk dan barangan yang dibangkitkan negara itu berkaitan tarif perdagangan terhadap Malaysia.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini.

Beliau berkata, antara isu yang dibangkitkan AS berkaitan tarif perdagangan berkenaan ialah buruh paksa dan lebihan kapasiti pengeluaran.

“MITI kini mengadakan perbincangan dengan pihak AS khususnya bagi menjelaskan isu lebihan kapasiti pengeluaran serta menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan negara berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, langkah kontingensi termasuk bantuan kewangan atau sokongan kepada pengeksport Malaysia sekiranya AS mengenakan tarif tambahan tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat hari ini.

“Jadi, kepada soalan mengenai langkah-langkah kontingensi, ini tidak dibincangkan secara khusus dalam Jemaah Menteri pada hari ini dan boleh rujuk dengan pihak MITI,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN