Ustazah Asni mendirikan rumah tangga dengan Mounir Abdul-Karim Kaddoura yang berketurunan Palestin pada tahun lalu.

Setahun kembali bergelar isteri, Ustazah Asni fail cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Mounir Abdul-Karim Kaddoura di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Peguam syarie, Nor Hazura Hamzah yang mewakili Mounir berkata, pihaknya memohon supaya prosiding tuntutan perceraian itu digantung hari ini berikutan permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Permohonan semakan kehakiman itu dibuat bagi mencabar perintah yang dikeluarkan dalam prosiding tuntutan perceraian tersebut pada 19 Oktober lalu.

Hakim Syarie Mohd. Syafiq Ibrahim membenarkan permohonan penggantungan prosiding sementara menunggu permohonan semakan kehakiman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“Kes tuntutan perceraian itu ditangguhkan pada 10 Februari 2027,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nor Hazura berkata, anak guamnya yang merupakan warga Amerika Syarikat komited untuk mempertahankan perkahwinan dan mengarahkan Asni supaya tinggal serta menjalani kehidupan berumah tangga bersamanya.

Katanya, Mounir juga berpendirian untuk mempertahankan haknya untuk didengar serta mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah mengikut proses undang-undang dan tatacara ditetapkan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang salah kenyataan atau pemesongan fakta berhubung kes yang dikemukakan pihak terbabit di mahkamah.

Pada 17 Oktober 2025, Ustazah Asni berkongsi berita perkahwinannya dengan Mounir di Instagram.

Pendakwah yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan itu turut meluahkan rasa syukur apabila kembali bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga dengan Mounir yang berketurunan Palestin.

Sebelum ini, Ustazah Asni mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Nasir Rustam Al Hafiz, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian. Mereka dikurniakan empat cahaya mata.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN