PETALING JAYA – Satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di Pangsapuri Putra Damai, Presint 11, Putrajaya pada pagi ini.
Menerusi video dikongsikan bekas Senator Dewan Negara, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya pada hantaran Facebook, kejadian itu berlaku di Block C pangsapuri berkenaan.
Pada rakaman yang dikongsikan, kelihatan api dari salah satu unit rumah di tingkat atas serta asap tebal di kawasan perumahan tersebut.
“Kita doakan keselamatan semua penduduk di situ,” katanya pada hantaran dikongsikan pagi tadi.
Dalam masa sama, orang ramai turut berharap tiada sebarang kejadian tidak diingini susulan kebakaran itu.
“Allahuakbar, semoga penghuni selamat dan dipermudah segala urusan,” kata Hafiki Zainuddin.
“Allah, moga dipermudah semuanya,” kata Julinda MA. – KOSMO! ONLINE














