Sebahagian tujuh individu yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan berkaitan aktiviti lumba haram menerusi Operasi Falcon JPJ WPKL di Kuala Lumpur.

Jalan raya bukan litar perlumbaan – JPJ WPKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tujuh individu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 12, Jalan Duta di sini bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menerusi Operasi Falcon, semalam.

Daripada jumlah itu, empat individu mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda keseluruhan RM9,800.

Kesemua mereka turut menjelaskan bayaran denda masing-masing selepas hukuman dijatuhkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam kenyataan memaklumkan tindakan penguatkuasaan tidak terhenti setakat pemeriksaan, pengeluaran saman atau penyitaan kenderaan, sebaliknya diteruskan menerusi proses pendakwaan bagi memastikan pesalah trafik dibawa ke muka pengadilan.

Menurutnya, tindakan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan pihaknya dalam membanteras aktiviti menduga kelajuan dan perlumbaan haram yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Jalan raya bukan litar perlumbaan. JPJ WPKL tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang sengaja mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Penguatkuasaan akan diteruskan secara konsisten, tegas dan tanpa pilih kasih,” katanya.

Prosiding di hadapan Majistret, Amalina Johar itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Junnatul Naem Abdullah.

Sementara itu, tiga lagi individu melalui proses penyediaan laporan sosial dengan tindakan susulan ditetapkan pada 28 Januari 2027. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN