GYOKERES terlebih dahulu meledak gol untuk meletakkan Arsenal di hadapan sebelum Dortmund berjaya menyamakan kedudukan. - AFP

UCL: Arteta pelik hanya ledak satu gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyuarakan rasa hairan apabila skuad kendaliannya sekadar seri 1-1 ketika bertemu Borussia Dortmund pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Meskipun sudah melakukan hampir 30 percubaan ke arah pintu gol pasukan lawan, namun The Gunners sekadar menjaringkan satu gol menerusi Viktor Gyokeres pada minit ke-10 sebelum Dortmund menyamakan kedudukan di separuh masa kedua.

Walaupun gembira dengan corak permainan ditampilkan anak-anak buahnya, namun Arteta tetap mengharapkan jaringan yang lebih banyak kerana mereka mendominasi hampir keseluruhan perlawanan tersebut.

Beliau berkata, jentera serangan Arsenal sepatutnya menunjukkan sentuhan penyudah yang lebih baik, tetapi masih menerima keputusan itu dengan hati terbuka kerana menganggap ia turut ditentukan faktor nasib.

“Secara keseluruhan, ia satu persembahan yang cukup meyakinkan kerana kami berdepan bukan calang-calang pasukan, jadi saya tetap gembira. Bagaimanapun, terasa agak rugi kerana kami tidak memanfaatkan deretan peluang yang ada.

“Kadang-kadang faktor nasib memainkan peranan yang cukup penting, begitu juga dengan kualiti penyudah. Memang gembira melihat pasukan bermain baik tetapi sukar untuk dipercayai apabila bola sukar menerjah gawang,” katanya.

Walaupun hanya mencatat keputusan seri, namun ia membolehkan Arsenal untuk mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 20 perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara, namun 12 kemenangan berturut-turut di laman sendiri berakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN