Gambar hiasan.

Hapus subsidi diesel semenanjung: Dua individu gagal cabar kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua individu gagal dalam permohonan mendapat kebenaran untuk mencabar tindakan Perdana Menteri dan tiga menteri menghapuskan subsidi diesel dan mensasarkan harga runcit di Semenanjung Malaysia, dua tahun lalu.

Ia berikutan apabila Hakim Mahkamah Tinggi Norliza Othman menolak permohonan Azhani Marlan @ Abd Halim, 49, dan Mohd. Hatta Sanuri, 50, untuk memulakan semakan kehakiman berhubung perkara itu.

Dalam penghakimannya, Hakim Norliza ketika memutuskan demikian berkata mahkamah berpuas hati permohonan kedua-dua lelaki itu tidak melepasi ambang (threshold) yang ditetapkan kerana perkara yang dipertikai merupakan keputusan polisi yang tidak boleh dicabar di mahkamah di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

“Keputusan kerajaan untuk memansuhkan subsidi diesel dan menggantikan dengan subsidi pada golongan bersasar di semenanjung adalah berbentuk polisi dan tidak menjadikan ianya boleh dicabar menerusi semakan kehakiman,” kata hakim itu.

Dengan keputusan itu, Justeru kebenaran pemohon-pemohon diperintah membayar kos RM5,000 kepada pihak Peguam Negara.

Dalam prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan, Mohammad Salehuddin Md. Ali mewakili Peguam Negara manakala peguam Mohaji Selamat mewakili pemohon-pemohon.

Pada 7 Oktober 2024, kedua-duanya selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman itu dengan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan kerajaan sebagai responden pertama hingga keenam.

Berdasarkan permohonan dua individu itu memohon antaranya perisytiharan bahawa keputusan semua defendan pada 9 Jun 2024 untuk menghapuskan subsidi diesel dan menyasarkan harga runcit diesel kepada RM3.35 seliter, berbanding RM2.15 sebelumnya (kenaikan 56 peratus), berkuat kuasa 10 Jun 2024 di semenanjung, namun diberikan pengecualian Sabah dan Sarawak, adalah batal dan tidak sah di sisi undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN