Gambar hiasan

Pemandu lori didakwa ‘hempuk’ bini guna papan seterika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pemandu lori menangis di dalam kamar Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didakwa atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan papan seterika, Ahad lalu.

Tertuduh, Muhammad Haiqal Saleh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas isterinya berusia 26 tahun dengan cara memukul bahagian belakang badannya menggunakan papan seterika sehingga cedera.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 6.40 petang di sebuah bilik di Seremban Prima Central, di sini pada 22 November lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN