Dua anggota TUDM direman bagi membantu siasatan kes seludup dadah menggunakan aset ketenteraan sebelum ini. Gambar media sosial

Reman pegawai, anggota TUDM dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman terhadap 13 individu termasuk tujuh pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah menggunakan aset pasukan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya juga sedang mengesan beberapa individu lain yang disyaki terlibat dalam sindiket itu untuk siasatan lanjut.

“Reman kita (PDRM) dapat lebih selama seminggu dan kita akan cuba mendapatkan tambahan reman selama lebih seminggu lagi bagi memastikan siasatan dapat diteruskan dan rangkaian sindiket ini dapat kita bawa ke muka pengadilan,” katanya yang ditemui pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Sebanyak 25 pegawai kanan polis menerima lencana dan pangkat masing-masing pada majlis berkenaan.

Beliau berkata kejayaan menumpaskan sindiket itu merupakan sinergi antara kedua-dua pasukan, TUDM dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam usaha membanteras musuh utama negara itu.

Minggu lepas, Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pihaknya berjaya membongkarkan sindiket pengedaran dadah menggunakan kemudahan pengangkutan ketenteraan dalam operasi di Lembah Klang dan Labuan.

Hussein berkata, pihaknya turut merampas 96.64 kilogram dadah disyaki jenis methamphetamine (syabu) bernilai RM4.83 juta, selain cecair bahan kimia seberat 6.98 kilogram.

Beliau berkata pegawai dan anggota TUDM itu direman tujuh hari hingga hari ini dan Khamis (24 dan 26 Nov).-Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN