Pemergian Allahyarhamah Tun Siti Hasmah hampir dua bulan lalu membuatkan Malaysia kehilangan sosok seorang ibu.

Kisah Cinta Mahathir, Hasmah harus jadi teladan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMERGIAN Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bertemu Sang Pencipta hampir dua bulan lalu membuatkan Malaysia kehilangan sosok seorang ibu.

Kehilangan itu amat dirasai ketika negara mengingati sumbangan besar Allahyarham kepada Malaysia terutamanya dalam bidang perubatan dan kesejahteraan masyarakat.

Bagaimanapun, di sebalik kesedihan yang dirasai seluruh rakyat, individu yang paling terkesan dengan pemergian Tun Dr. Siti Hasmah sudah semestinya suaminya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Melihat Dr. Mahathir yang senantiasa mengunjungi pusara isteri tercinta membuktikan betapa besarnya sanjungan seorang negarawan kepada wanita yang menjadi suri hatinya.

Mereka berdua hidup bersama lebih tujuh dekad sebagai pasangan suami isteri dan mengharungi pelbagai suka dan duka bersama.

Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah juga dianggap sebagai pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Dalam satu catatan buku, Dr. Mahathir mendedahkan di mana mereka saling menerima tabiat dan perangai masing-masing untuk mengelakkan perselisihan, saling menghormati dan gurau senda juga boleh mengekalkan perkahwinan.

Malah, beliau juga menyatakan bahawa dirinya sering mengopek ketam untuk isterinya.

Hal-hal kecil seperti ini sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Selain itu, Dr. Mahathir mendedahkan, tidak pernah terlintas di hati beliau untuk berkahwin lagi yang boleh menyebabkan Dr. Siti Hasmah serta anak-anak menderita dan terseksa.

Baginya, untuk bahagia, kita perlu bertolak ansur dengan rasa gembira.

Sebenarnya, kisah cinta mereka berdua boleh dijadikan teladan oleh kita semua dalam mendepani cabaran berumah tangga bersama pasangan tercinta.

Hal ini penting memandangkan kes perceraian di Malaysia kini semakin meningkat.

Malah, baru-baru ini dalam khutbah Jumaat, khatib ada mengulas tentang perkara tersebut.

Khatib berkata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 60,457 perceraian direkodkan di seluruh Malaysia pada tahun 2024, meningkat 4.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 47,577 perceraian melibatkan pasangan Islam, meningkat 7.3 peratus.

Jika dipurata, lebih 165 perceraian berlaku setiap hari.

“Namun di sebalik setiap angka itu, ada kehidupan yang berubah, ada rumah yang tiba-tiba menjadi sunyi.

“Ada hati yang membawa luka, ada juga anak-anak yang masih terlalu kecil untuk memahami mengapa ayah dan ibu tidak lagi tinggal bersama,” katanya.

Statistik perceraian ini bukan untuk menghukum mereka yang telah berpisah.

Menurut khatib, Islam tidak memaksa seseorang terus hidup dalam penderaan dan kezaliman.

“Adakalanya perpisahan menjadi jalan terakhir yang dibenarkan syarak setelah segala usaha perdamaian dilakukan.

“Namun angka ini sepatutnya menyedarkan kita, jangan biarkan masalah yang masih boleh dibincangkan berubah menjadi luka yang tidak lagi dapat dipulihkan,” jelasnya.

Tambahnya, jangan mengambil keputusan besar ketika hati sedang dikuasai kemarahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN