Pengarah Kastam Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi menunjukkan sebuah kapal yang di tahan apabila membawa sejumlah 569,000 liter yang belum lulus kastam pada sidang akhbar di Jeti Marin Kompleks Penguatkuasa Kastam Sungai Pulai, Iskandar Puteri hari ini. -RAJA JAAFAR ALI

Kastam tumpas sindiket seludup rokok, diesel RM31.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minyak diesel menerusi dua operasi berasingan di perairan negeri ini dengan nilai sitaan berjumlah RM31.6 juta.

​Pengarah Kastam Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha penguatkuasaan secara bersepadu menerusi kerjasama Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DJBC) serta penggunaan pendekatan penguatkuasaan berkesan JKDM.

​Menurutnya, bagi kes pertama pada 21 Oktober lalu, hasil perkongsian maklumat daripada pihak DJBC Indonesia sepasukan anggota Operasi Marin, Cawangan Penguatkuasaan Kastam Johor Bahru menahan sebuah kapal di perairan Pengerang.

​”Hasil pemeriksaan ke atas kapal tersebut mendapati sebanyak 29,916,000 batang rokok pelbagai jenama yang disyaki tak berkastam ditemukan dan disita dengan anggaran nilai berjumlah RM5,984,000.00.

​”Anggaran duti dan cukai yang terlibat pula adalah sebanyak RM21,000,000.00 menjadikan jumlah keseluruhan nilai sitaan termasuk duti dan cukai sebanyak RM26,984,000.00,” katanya dalam pada sidang akhbar di Jeti Marin Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, sini hari ini.

​Katanya, susulan operasi itu, sebuah kapal yang digunakan sebagai pengangkutan di laut beserta lapan orang kru kapal warganegara Myanmar berumur antara 25 hingga 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

​Bagi kes kedua, pada 2 November lalu bertindak atas maklumat AMPOMA dan operasi yang sedang dijalankan, sepasukan anggota Kastam daripada Unit Marin Sungai Pulai membuat tahanan dan serbuan ke atas sebuah kapal tangki minyak di perairan Kukup.

​”Pemeriksaan mendapati kapal tersebut membawa sejumlah besar cecair yang dipercayai minyak diesel yang disyaki belum lulus kastam dan kapten kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah apabila diminta.

​”Minyak diesel tersebut disita manakala kapal bersama-sama lapan orang kru kapal warganegara Myanmar berumur antara 25 hingga 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya.

​Tambahnya, minyak diesel yang disita dianggarkan sebanyak 569,000 liter bernilai RM1,395,000.00 manakala duti dan cukai terlibat sebanyak RM227,000.00, menjadikan jumlah keseluruhan nilai sitaan termasuk duti dan cukai sebanyak RM1,622,000.00.

​Tambahnya kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN