Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah MPV Toyota Avanza dalam kemalangan di KM102, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Sungai Petani hari ini. -IHSAN BOMBA

Dua maut tercampak, terperosok dirempuh MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Dua maut termasuk seorang tercampak dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer (KM) 102, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.

Nahas tersebut membabitkan seorang lelaki dan wanita yang menunggang motosikal sebelum dipercayai dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis  Toyota Avanza dari arah belakang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.30 petang.

“Akibat kemalangan itu, seorang daripada mangsa tercampak ke atas jalan, manakala seorang lagi terperosok di bawah kenderaan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian. Pemandu MPV pula tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang terperosok sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN