Muhammad Irsyad Hakim

Bayi lelaki 20 bulan hilang dari rumah di Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bechah Salak, di sini petang tadi.

Muhammad Irsyad Hakim Mohammad Khairul Najmi disedari hilang oleh ibunya kira-kira pukul 5.30 petang sebelum wanita itu tampil membuat laporan polis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd.Khairul Duha Abd.Halim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggolan kecemasan dari anggota polis untuk mencari mangsa terbabit.

“Kita difahamkan oleh ibunya, pada pukul 4 petang dia nampak anaknya masih ada sebelum dia tertidur. Pasukan kita sudah melakukan pencarian di kawasan kolam ikan dan hutan berhampiran rumahnya tetapi gagal ditemui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sebelum membuat laporan polis, ibunya sudah mencari di sekitar kawasan rumah tetapi bayi lelaki tersebut gagal ditemui.

Katanya, setakat pukul 9 malam, operasi mencari masih diteruskan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan orang awam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN