Pak Cik Arifin ketika menyertai Ironman 70.3 Langkawi semalam. - MEDIA SOSIAL

Pak Cik Arifin ‘tak kosong’, kasut biasa, semangat ‘mahal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejayaan seorang warga emas menamatkan cabaran Ironman 70.3 Langkawi semalam dengan catatan tujuh jam 19 minit 57 saat disifatkan sebagai luar biasa lebih-lebih lagi apabila tidak mengenakan ‘gear’ mahal seperti kasut berharga ribuan ringgit bagi menyertai acara berkenaan.

Seperti kebiasaannya, peserta cabaran tersebut biasanya menggunakan ‘gear’ berkualiti termasuk kasut bagi memastikan prestasi mereka pada tahap maksimum, namun visual itu dilihat berbeza kepada Arifin Abdul Manan yang berusia 60 tahun.

Menerusi video dikongsikan pengguna Threads, gaya ditampilkan warga emas itu yang mesra dipanggil Pak Cik Arifin terlihat sederhana termasuk hanya mengenakan kopiah, seluar larian panjang dan jam analog ketika menyertai acara itu.

“Kasut mahal (tidak), semangat mahal (ya). ‘Steady’ Pak Cik Arifin, legenda,” kata @itshazarali.

“Pak cik tidak kosong, boleh senyum-senyum lagi. Bahagian singgah stesen air memang hebat,” kata @ku_amiruldin sebagai menyifatkan kepada tindakan Pak Cik Arifin yang duduk ketika berhenti untuk meminum air.

“Tiada ‘gear’ hebat, aurat tetap terjaga, minum pun duduk. Pak Cik Arifin ialah bukti untuk kita boleh melakukan apa sahaja yang diminati. Lelaki biasa, peringatan yang indah,” kata @heynyxon.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Pak Cik Arifin menzahirkan rasa syukur selepas berjaya menamatkan ketiga-tiga disiplin selain tidak menghampakan harapan anaknya yang mendaftarkan beliau untuk menyertai pertandingan itu.

Sebelum ini, Pak Cik Arifin turut mencuri perhatian orang ramai apabila berjaya menamatkan larian sejauh 30 kilometer tanpa kasut dalam acara Malaysia Taman Negara Ultra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN