Lintasan pejalan kaki di Presint 11, Putrajaya ketika kejadian.

Pemandu wanita langgar lampu merah, hampir rempuh murid disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pemandu kereta yang videonya tular selepas melanggar lampu isyarat merah serta nyaris melanggar seorang murid di Presint 11 pada Rabu lalu berjaya dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, pemandu wanita berusia 46 tahun itu telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kira-kira pukul 11 pagi semalam.

“Hasil siasatan, satu saman telah dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lampu merah,” katanya.

Katanya, pemandu memberi alasan tidak berhenti di laluan itu kerana mengambil barang jatuh di lantai kenderaan dan tidak sedar lampu isyarat merah.

Aidi Sham berkata, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya memperlahankan kenderaan, meningkatkan kewaspadaan dan memberi keutamaan kepada pejalan kaki terutama di kawasan sekolah dab lintasan pejalan kaki.

Dalam insiden Rabu lalu, seorang pemandu kereta yang didapati telah melanggar lampu isyarat merah di lintasan pejalan kaki, di Presint 11, di sini sehingga hampir melanggar seorang murid rendah sekolah.

Menerusi video tular di media sosial, insiden itu dikesan berlaku petang kelmarin berhampiran Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN