Gambar hiasan - JANAAN AI

Nak jenguk anak atau bekas isteri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang janda dicekup berkhalwat dengan bekas suaminya sendiri dalam serbuan di sebuah rumah sewa di daerah ini awal pagi tadi.

Serbuan pada pukul 1.40 pagi itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas menerima maklumat dan aduan daripada penduduk setempat.

Menurut JAINJ, ketika serbuan, terdapat dua kanak-kanak sedang tidur di ruang tamu. Semakan mendapati pasangan yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bercerai setahun lalu.

“Lelaki itu memberi alasan dia datang ke rumah bekas isterinya untuk melawat anak-anak, tetapi ketika serbuan kanak-kanak tersebut sedang tidur. pukul 1.40 pagi, jadi ini menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JAINJ, kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor kerana berkhalwat.

“Memandangkan kedua-dua mereka masih suka sama suka, pihak JAINJ menasihatkan supaya datang ke Pejabat Kadi Pontian bagi menguruskan pernikahan dengan kadar segera.

Setelah selesai urusan dokumen berkaitan, Kadi Daerah Pontian sendiri bersetuju untuk menikahkan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN