Gambar hiasan.

Penduduk 9 negeri tidur ‘berteman’ hujan hingga awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda sembilan negeri hingga 1 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, iaitu Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak dan Kampar.

Amaran sama turut melibatkan Pasir Puteh, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang dan Tanah Merah di Kelantan, Pahang (Cameron Highlands), manakala Besut serta Setiu di Terengganu.

Di Sarawak, kawasan dijangka terjejas ialah Miri (Miri, Marudi, Beluru dan Subis), Limbang, Kapit (Kapit dan Song), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu, Kuching, Serian (Tebedu dan Siburan), Mukah serta Betong (Betong dan Saratok).

Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Semporna dan Tawau serta Sandakan, Labuk dan Sugut, Kinabatangan dan Telupid.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN