Kru Bahagian Udara JBPM bersama dua pegawai perubatan HUSM membawa organ diterbangkan dari Lapangan Terbang Kota Bharu ke Subang pagi tadi.

[VIDEO] Bomba terbangkan hati, buah pinggang arwah Aidil ke Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terlibat dalam operasi menerbangkan organ milik Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan ke Subang hari ini.

Operasi membawa hati, buah pinggang, mata dan tulang itu dilakukan menerusi perkhidmatan pemindahan perubatan kecemasan (Medevac).

Menurut Bahagian Udara JBPM, pemindahan organ itu menggunakan helikopter AW139 (9M-BOC) yang mengambil masa kira-kira tiga jam 30 minit.

“Penerbangan turut disertai dua doktor perubatan dari Hospital Universiti Sains Malaysia yang membawa organ itu ke Institut Jantung Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang menggunakan perkhidmatan ambulans.

“Penerbangan BMB06 diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba I, Ahmad Fissol Ismail dilaksanakan dengan jaya dan selamat,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Tiga lagi anggota udara yang terlibat dalam penerbangan sama ialah Penguasa Kanan Bomba II Robert, Pegawai Bomba Tinggi II Hasnol dan Pegawai Bomba Amir.

Dalam masa sama, cuaca dilaporkan mendung dan hujan renyai di beberapa kawasan sepanjang penerbangan tersebut. Operasi tamat pada pukul 10.42 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN