MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United dilapor sedang menyiapkan dana untuk menyokong pengurus baharu mereka, Mauricio Pochettino bagi mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan Januari ini.
INEOS sebagai pemegang saham kelab itu dan bertanggungjawab menguruskan aspek bola sepak United berdepan kecaman apabila dituduh tidak memberikan bantuan kepada Michael Carrick untuk mendapatkan pemain diinginkan pada sesi perpindahan musim panas lalu.
Ketika rundingan untuk mendapatkan khidmat Pochettino, pengendali skuad Amerika Syarikat itu meletakkan beberapa syarat termasuk mendapatkan beberapa pemain baharu pada Januari ini.
Umum mengetahui bahawa sasaran utama United sudah pasti menjurus kepada memperkukuhkan bahagian pertahanan, namun satu laporan dari Sepanyol mendakwa bahawa United turut berusaha mendapatkan khidmat seorang pemain tengah.
Menurut laporan berkenaan, United merupakan antara kelab yang telah menunjukkan minat terhadap pemain Barcelona, FermÃn Lopez.
Reputasi Lopez semakin meningkat apabila telah mempamerkan kemampuan luar biasa untuk menjaringkan gol serta pergerakan bijak di kawasan sepertiga akhir padang.
Akhbar di Sepanyol mendakwa bahawa ketajaman López di hadapan gawang tidak terlepas daripada perhatian kelab-kelab lain, dengan dua gol yang dijaringkannya ketika menentang Atlético Madrid baru-baru ini menjadi pencetus kepada perkembangan tersebut.
Difahamkan, selain United, tiga lagi kelab utama EPL terlibat dalam perebutan tersebut dengan Chelsea juga dikatakan menunjukkan minat paling mendalam terhadap López. – AGENSI














