Tangkap layar video Rahmatsalimm keadaan pasar malam di Meru dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.

[VIDEO] ‘Pasar malam Meru naik air, sabar wahai peniaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa tempat di Meru, Klang dinaiki air susulan hujan lebat melanda kawasan tersebut pada petang ini.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, mereka memuat naik video keadaan di tempat masing-masing yang dinaiki air, antaranya melibatkan tapak berniaga pasar malam dan jalan raya.

Pengguna Threads Kuyiee69 memuat naik video keadaan di satu laluan di Meru yang mana dia berada di dalam kereta serta sedang meredah banjir kilat tersebut.

“Jalan Hj. Abdul Manan, Meru Klang, tempat mudah naik air,” katanya pada kapsyen video dikongsikan hari ini.

Pengguna Threads Rahmatsalimm berkongsi video keadaan kawasan tapak pasar malam yang turut dinaiki air sehingga paras pergelangan kaki.

“Banjir Meru, Klang. Sabar ye wahai peniaga. Ada manis-manis (rezeki) ke depannya,” katanya.

Pengguna Threads Hzrnrhm memuat naik satu video keadaan laluan dinaiki air di Meru sewaktu dia sedang meredahnya menggunakan motosikal.

“Taman Perindustrian Meru, Klang dah boleh beli bot,” katanya berseloroh. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN