PALMER masih menunggu peluang untuk dipanggil memperkuat skuad England ketika Rogers menafikan rakan sepasukannya itu sudah tawar hati. - AFP

EPL: Rogers sangkal Palmer tawar hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pemain tengah England, Morgan Rogers menepis dakwaan yang mengatakan rakan sepasukan di Chelsea, Cole Palmer sudah tawar hati untuk menyarung jersi skuad The Three Lions selepas terus disisihkan.

Pada tugasan antarabangsa kali ini, pengurus England, Thomas Tuchel mengambil keputusan untuk tidak memanggil Palmer, terutamanya selepas pemain itu menarik diri September lalu atas alasan kecederaan.

Keadaan itu menyebabkan sebahagian besar penyokong England mula membuat andaian sendiri bahawa Palmer sudah tidak ‘ada hati’ untuk membantu skuad kebangsaan, namun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Rogers.

“Dia (Palmer) memang menunggu panggilan untuk datang dan membantu pasukan negara, sama seperti biasa. Peminat tidak tahu perkara yang sebenar dan mula untuk membuat andaian tidak benar.

“Buat masa ini, dia sedang menguruskan kecederaan yang dialami dan sangat memerlukan sokongan daripada semua pihak. Bagi saya, sangat mengarut apabila ada spekulasi yang mendakwa dia tidak mahu bermain untuk England,” katanya.

Tambah Rogers, rakan karibnya itu sentiasa bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik kerana belum cergas 100 peratus, namun sentiasa memberikan segala-galanya setiap kali melangkah masuk ke dalam padang.

Sebelum ini, ramai yang menganggap keputusan Tuchel tidak memanggil Palmer adalah sebagai isyarat kepada semua pemain bahawa beliau hanya akan menyenaraikan pemain yang boleh memberikan komitmen kepada pasukan kebangsaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN