Keadaan van yang dinaiki kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan hari ini.

[VIDEO] Van bawa 11 polis terlibat nahas, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Perjalanan 11 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh ke Melaka berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Ki­lometer (KM) 352, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, nahas pada pukul 11.35 pagi itu turut menyebabkan empat anggota lain parah.

“Siasatan awal mendapati van dinaiki 11 anggota itu dalam perjalanan dari IPK Perak me­nuju ke Melaka.

“Setibanya di lokasi kejadian, tayar belakang kenderaan itu dipercayai pecah menyebabkan van tersebut hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi lebuh raya,” katanya.

Menurut beliau, kemala­ngan itu menyebabkan beberapa penumpang tercampak keluar dari van. Seorang penumpang berusia 26 tahun maut di lokasi kejadian. Empat penumpang lain yang cedera parah dibawa ke Hospital Slim River.

“Enam lagi mangsa yang ce­dera ringan dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN