Gambar dikongsikan pengguna Threads @zac_zakirin13 menerusi hantaran terbaharunya hari ini.

Kalau pandai susun, cuti 4 hari boleh jadi 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hanya perlu mengambil cuti tahunan selama empat hari, orang ramai berpeluang menikmati tempoh rehat sehingga 10 hari berturut-turut sempena cuti hujung tahun ini.

Perkara itu dikongsikan pengguna Threads @zac_zakirin13 menerusi hantaran yang menunjukkan cara menyusun cuti tahunan dengan mengambil kira cuti umum dan hujung minggu pada Disember ini hingga Januari 2027.

Jelasnya, pekerja hanya perlu memohon cuti pada 28 hingga 31 Disember iaitu Isnin hingga Khamis bagi menikmati cuti panjang bermula 25 Disember 2026 hingga 3 Januari 2027.

Semakan Kosmo! pada kalender 2026, tanggal 25 Disember merupakan cuti umum sempena Hari Krismas, kemudian bersambung dengan cuti minggu Sabtu dan Ahad.

Mengikut saranan pengguna tersebut, pekerja yang masih mempunyai baki cuti tahunan boleh manfaatkan dengan membuat permohonan bermula 28 Disember selama empat hari dan kemudian bersambung dengan cuti umum sempena Tahun Baharu pada 1 Januari 2027 (Jumaat), selain dua hari tambahan hujung minggu.

Secara keseluruhan, gabungan cuti umum, cuti hujung minggu dan empat hari cuti tahunan itu membolehkan pekerja menikmati 10 hari tanpa perlu hadir bekerja.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian pengguna media sosial yang lain di ruangan komen.

“Dah plan (rancang) macam ini, tiba-tiba 31 Disember ada ‘townhall’,” kata Shuhada.

“Saya mula cuti 22 Disember sampai lah Tahun Baharu. Alhamdulillah,” komen seorang pengguna.

“Saya la ni ambil macam ini. Dah approve (lulus) dah, tapi satu (cuti) guna birthday leave (cuti hari jadi). Jadi tiga AL (cuti tahunan) je,” kongsi Nisaa Mazlan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN