Perkongsian video dan gambar oleh penduduk di sekitar Semenyih dan Beranang, Selangor di Threads pagi ini.

[VIDEO] Ramai ajak datang Semenyih, pagi berkabus macam Genting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana berkabus tebal pada awal pagi di Semenyih, Selangor mencuri perhatian pengguna media sosial apabila keadaan itu disifatkan seolah-olah berada di kawasan tanah tinggi seperti Genting Highlands.

Menerusi tinjauan Kosmo! di Threads, penduduk setempat berkongsi fenomena tersebut sering dirasai menjelang penghujung tahun selain mengajak orang ramai datang ke Semenyih untuk merasai pengalaman ini.

Pengguna Threads @kakngahwana menyifatkan suasana di Semenyih ketika ini sebagai ‘Semenyih Highland’ kerana keadaan berkabus yang memberikan pengalaman seakan-akan berada di kawasan tanah tinggi.

“Inilah yang dirindui…kabus tebal bukannya jerebu tebal. Nak rasa masuk ke alam sejuk? Datang Semenyih hujung-hujung tahun. Rasa dia macam kat tanah tinggi,” katanya.

Pengguna @rosleyishak turut memuat naik video memaparkan suasana berkabus di Semenyih pada pukul 7.40 pagi.

Seorang lagi pengguna @vee_yaszmine berkata, keadaan berkabus itu turut dirasai ketika menghantar anak ke sekolah apabila suasana pagi menjadi lebih sejuk berbanding kebiasaan.

“Kabus. Tadi hantar anak sekolah sejuk. Boleh tahan tebal kabus,” katanya.

Bukan sahaja Semenyih, penduduk sekitar Beranang turut menikmati suasana serupa apabila beberapa kawasan di situ diselubungi kabus tebal pada waktu pagi.

Pengguna Threads @farahmadiha_ secara berseloroh menyifatkan Beranang seolah-olah bertukar menjadi kawasan tanah tinggi apabila diselubungi kabus.

“Pagi ni Beranang Darul Bahagia dah bertukar nama. Beranang Highlands. Certain (sebahagian) tempat kabus dia tebal betul. Tempat korang (kalian) macam mana?,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN