Tangkap layar video memaparkan kejadian tersebut.

[VIDEO] Tular wanita ‘WWE’ lelaki di Sungai Tembeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman memaparkan seorang wanita dipercayai menyerang seorang lelaki di Sungai Tembeling, Kuantan, Pahang,

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi Threads, wanita berkenaan dilihat bertindak agresif terhadap seorang lelaki berpakaian hitam berhampiran kawasan parkir sebuah premis makanan.

Bagaimanapun, kejadian yang mendapat perhatian ramai itu mencetuskan pelbagai spekulasi selepas seorang pengguna media sosial tampil mendakwa lelaki terbabit merupakan bekas suami kepada wanita berkenaan.

Pengguna Threads dikenali sebagai @aidazaimah_ mendakwa wanita itu mempunyai tiga anak perempuan dan berdepan kesukaran selepas bekas suaminya didakwa gagal menunaikan tanggungjawab memberikan nafkah.

“Sekejap! Saya kenal perempuan itu. Jangan kecam dia. Lelaki berbaju hitam itu bekas suaminya.

“Bekas suaminya memang bermasalah. Kalau tidak silap, wanita itu mempunyai tiga orang anak perempuan. Bekas suaminya tidak memberikan nafkah anak dan menggunakan harta bekas isteri,” dakwanya.

Pengguna berkenaan turut mendakwa lelaki itu menggunakan sebuah motosikal yang didaftarkan atas nama bekas isterinya, namun enggan menjelaskan bayaran kenderaan tersebut.

Menurutnya, wanita terbabit juga terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi memastikan keperluan anak-anaknya mencukupi.

“Saya ada nampak wanita itu memberikan komen. Bekas suaminya menggunakan motosikal atas nama wanita itu tetapi tidak mahu membayarnya. Kasihan dia.

“Saya mengikuti media sosialnya dan melihat dia melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara anak-anak. Bekas suaminya pula berseronok dan melupakan tanggungjawab memberikan nafkah kepada anak-anak,” dakwanya lagi.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen mula mempersoalkan punca sebenar kejadian selain meminta orang ramai tidak terburu-buru menghukum wanita berkenaan hanya berdasarkan rakaman video yang tular.

“Patutlah wanita itu nampak terlalu marah. Kita tidak tahu apa yang sudah dilaluinya selama ini. Jangan terus menghukum hanya berdasarkan video pendek,” ujar seorang pengguna.

“Kalau benar bekas suami tidak memberikan nafkah anak, memang perkara itu tidak patut berlaku. Bagaimanapun, tindakan menggunakan kekerasan juga bukan jalan penyelesaian,” kata seorang lagi.

“Kadang-kadang kita nampak seseorang hilang sabar, tetapi tidak tahu apa yang berlaku sebelum itu. Harap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah dengan cara baik,” komen seorang individu. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN