Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa dari lokasi kejadian di Bidor, Tapah.

Wanita dibunuh sebelum dicampak di tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Mayat seorang wanita warga asing berumur 30-an yang ditemukan di tepi sungai berdekatan kebun sayur Jalan Teluk Intan – Bidor, Bidor di sini semalam dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum dicampakkan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, hasil siasatan awal mendapati, terdapat kesan toreh pada leher, dada, lengan, siku dan kepala mangsa disyaki terkena objek tajam.

“Mangsa disyaki dibunuh sebelum dibuang ditepi sungai. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui daripada tubuh badan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, polis menerima laporan semalam oleh seorang lelaki tempatan berkaitan penemuan mayat wanita itu.

Mangsa ditemukan dalam keadaan berseluar panjang di tepi sungai. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN