Ab Rauf selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Seri Utama Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Ayer Keroh, hari ini.

BN-PN menang PRN, Melaka umum cuti khas esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kerajaan Melaka mengumumkan esok sebagai hari cuti khas negeri sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata pengumuman itu dibuat sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan berkenaan, selain penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka yang memberikan kepercayaan dan mandat kepada BN-PN untuk meneruskan pentadbiran negeri.

“Sebagai penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka yang telah memberikan kepercayaan dan mandat kepada kami untuk meneruskan pentadbiran negeri ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan hari Isnin, 16 November 2026, sebagai hari cuti khas bagi negeri Melaka,” katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN