Gambar hiasan.

Teruja dapat untung RM18,000, pesara rugi RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang pesara memperoleh keuntungan RM18,000 menerusi pelaburan dalam talian tidak bertahan lama apabila dia akhirnya kerugian RM80,000 selepas dipercayai terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Lelaki berusia 63 tahun itu bukan sahaja berputih mata malah wang simpanan persaraannya turut lesap selepas membuat beberapa transaksi ke akaun bank yang diberikan individu tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa pada awalnya tertarik menyertai pelaburan tersebut selepas diperkenalkan oleh seorang kenalan menerusi aplikasi WhatsApp pada awal bulan ini.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat lima transaksi secara berperingkat berjumlah RM93,525 antara 11 hingga 12 November lalu.

“Selepas membuat pelaburan tersebut, mangsa memperoleh keuntungan sebanyak RM18,000 sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan pelaburan dengan jumlah lebih besar.

“Mangsa kemudiannya membuat lima lagi transaksi berjumlah RM80,000 ke dalam tiga akaun bank berbeza,” katanya.

Azli berkata, bagaimanapun mangsa tidak dibenarkan meneruskan pelaburan tersebut dengan alasan jumlah pelaburannya masih belum mencapai had minimum RM100,000 yang ditetapkan.

Katanya, mangsa sebaliknya diminta membuat pembayaran tambahan sebanyak RM50,000 sekiranya mahu meneruskan pelaburan berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN