SEBAHAGIAN aksi menarik antara skuad B-16 negara dan Singapura, sebentar tadi. - FAM

Skuad B-16 kembali ‘bernyawa’ buru slot Piala Asia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara kekal berada dalam persaingan untuk cuba mendapatkan slot ke Piala Asia B-17 selepas raih kemenangan 2-1 ke atas Singapura di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ia menandakan kebangkitan sempurna buat anak buah Shukor Adan selepas tunduk 0-2 kepada Palestin pada perlawanan pertama, Ahad lalu.

Pada aksi kali ini, skuad negara terlebih dulu berada di depan menerusi Muhammad Syaifullah pada minit ke-33 namun kelebihan itu hanya bertahan 12 minit apabila Ahmad Izzan Rifqi menghasilkan jaringan penyamaan buat Singapura.

Selepas terikat 1-1 di babak pertama, kedua-dua pasukan saling mencipta ruang namun Malaysia lebih bernasib baik untuk memperoleh gol kedua menerusi Fahim Akmal Zulkarnain pada minit ke-88.

Tiga mata kali ini pastinya beri motivasi tambahan buat skuad muda negara sebelum melengkapkan dua lagi perlawanan, menentang Guam, Selasa ini dan pendahulu Kumpulan E, Jumaat ini.

Mengikut format, hanya juara setiap kumpulan layak secara automatik ke Piala Asia B-17 yang dijadual berlangsung di Uzbekistan, tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN