MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh selesa mendahului saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Akmal memperoleh 9,640 undi dengan majoriti 6,851 undi.
Beliau meninggalkan jauh pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah yang memperoleh 2,789 undi.
Keputusan itu meletakkan Akmal dalam kedudukan selesa untuk mempertahankan kerusi berkenaan. – KOSMO! ONLINE
















