Ab Rauf (kanan) dan Noor Helmy

[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Ab. Rauf, Noor Helmy tinggal jauh pesaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem mendahului pengiraan undi tidak rasmi di kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 setakat pukul 7.25 malam ini.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Ab. Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi BN negeri berada selesa di hadapan dengan memperoleh 2,510 undi, meninggalkan pencabarnya, Mohd, Yunazri Mustamiri daripada Pakatan Harapan (PH) yang meraih 335 undi.

Pertembungan satu lawan satu di DUN Tanjung Bidara itu melibatkan seramai 15,003 pengundi berdaftar.

Pada PRN 2021, Ab. Rauf memenangi kerusi tersebut dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti sebanyak 364 undi.

Sementara itu, di DUN Duyong, penyandang kerusi berkenaan, Mohd. Noor Helmy turut mendahului kiraan undi awal apabila memperoleh 2,492 undi berbanding calon PH, Poo Long Suan yang mendapat 1,139 undi.

Kerusi DUN Duyong merekodkan seramai 26,528 pengundi berdaftar pada pilihan raya negeri kali ini.

Dalam perkembangan lain, berdasarkan paparan kiraan semasa tidak rasmi, calon BN turut mendahului di beberapa kerusi tumpuan lain antaranya Durian Tunggal, Sungai Udang, Klebang, Ayer Molek, Serkam, Merlimau, Kuala Linggi serta Ayer Limau.

Antara DUN lain yang menunjukkan calon BN mendahului kiraan undi ialah Lendu, Taboh Naning, Rembia dan Gadek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN