PRN Melaka: Adik beradik kerdil tetapi berjiwa besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pasangan kembar kerdil mahu kepimpinan yang dipilh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mampu menjaga kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) seperti mereka.

Lau Song Kiow dan Lau Song Thai, 63, yang mempunyai ketinggian kira-kira 80 sentimeter (cm) dari Taman Asean di Kesidang, di sini, tiba di pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim di sini kira-kira pukul 10.15 pagi.

Kehadiran mereka yang ditemani kakak, Lau Siu Wah, 65, mencuri perhatian ramai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang.

Berkongsi perasaan selepas mengundi, mereka menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang menggembirakan dan mengujakan.

Malah, mereka berharap kerajaan yang bakal dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, dapat memberikan perhatian sewajarnya terhadap kebajikan rakyat, selain memastikan kehidupan masyarakat lebih terjamin.

“Memang nak kerajaan yang lebih baik. Siapa yang jadi pun tidak mengapa, asalkan mahu menjaga rakyat. Betul, mahu jaga saya,” kata mereka ketika ditemui selepas selesai mengundi. 

DUN Kesidang mempunyai jumlah pengundi terbesar dalam 28 kerusi DUN di Melaka, dengan 54,910 pengundi berdaftar. 

Kawasan bandar itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang kerusi berkenaan, Allex Seah Shoo Chin daripada Pakatan Harapan (PH), Albert Kok Boon Chang (Perikatan Nasional), dan Dr Bryan Kek Kit Hun (BERSAMA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN