‘Joging, sarapan dulu baru mengundi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MASJID TANAH –Seorang pesara kerajaan, Jusop Karim sempat menunaikan rutinnya dengan berjoging dan menikmati sarapan terlebih dahulu sebelum ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong untuk menunaikan tanggungjawab.

Dia yang telah berumur 80 tahun memberitahu, biarpun telah beberapa kali mengundi perasaan teruja tetap ada terutama dalam memilih kepimpinan yang bakal menerajui Dewan Undangan Negeri Duyong.

“Saya joging dulu lepas tu singgah minum kemudian baru mengundi pagi ni.

“Saya pun sudah umur 80 tahun, sudah berapa kali pilihan raya dan masih teruja menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong di SK Seri Duyong, di sini, pagi ini.

Mengulas persaingan di DUN Duyong, pengundi warga emas itu menyifatkan saingan kali ini sengit antara parti yang bertanding berdasarkan maklumat yang diperolehnya.

Bagaimanapun, beliau berharap calon yang mempunyai hubungan rapat dengan penduduk setempat dapat memenangi pilihan raya berkenaan.

Tinjauan di pusat mengundi SK Seri Duyong mendapati pengundi mula berbaris di hadapan sekolah seawal pukul 7 pagi sebelum pusat mengundi dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 8 pagi.

Sementara itu, sepasang suami isteri bangun sanggup bangun seawal pukul 5 pagi bagi membuat persiapan sebelum menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Melaka di sini hari ini.

Liew Chee Phin, 66, bersama isterinya, Tan Siw Choo, 62, dari Taman Seri Aman menjadi antara pengundi terawal tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram di sini, iaitu pada pukul 7.20 pagi.

“Sebaik selesai sarapan di rumah, saya terus ke pusat mengundi yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah.

“Saya ingat boleh ambil nombor lebih cepat kerana perlu membuat semakan kad pengenalan tanpa perlu beratur.

“Namun apabila sampai di pintu pagar, pengawal keselamatan maklumkan kami hanya dibenarkan boleh masuk pada jam 8 pagi,” katanya yang mengundi bagi memilih wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia tiba awal untuk menyelesaikan urusan mengundi secepat mungkin kerana perlu membuka kedai di Masjid Tanah kira-kira pukul 9 pagi.

“Setiap kali mengundi, saya memang datang awal . Saya ingat kali ini pun boleh membuat semakan lebih awal. Biarpun begitu, saya akan menunggu untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Sementara itu, Rohana Yasin, 46, turut memilih untuk datang awal kerana perlu masuk bekerja di Batu Berendam pagi ini.

Katanya, dia tidak mahu menjadikan jarak perjalanan ke tempat kerja sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Sebab itu saya datang awal untuk tunaikan tanggungjawab. Paling lewat saya kena sampai pukul 9.45 pagi, jadi memang kena cepat kerana perjalanan ke tempat kerja agak jauh.

“Saya ingat boleh masuk mengundi lebih awal, tetapi rupanya kena tunggu sehingga pukul 8 pagi,” katanya.

Dia turut berharap dapat menyelesaikan urusan mengundi secepat mungkin supaya sempat tiba di tempat kerja mengikut masa ditetapkan.

Bagi pesara kerajaan, Jusop Karim dia memanfaatkan waktu selepas selesai joging dan sarapan untuk terus ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Saya joging dulu lepas tu singgah minum kemudian baru mengundi pagi ni.

“Saya pun sudah umur 80 tahun, sudah berapa kali pilihan raya dan masih teruja menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong di SK Seri Duyong, di sini, pagi ini.

Mengulas persaingan di DUN Duyong, pengundi warga emas itu menyifatkan saingan kali ini sengit antara parti yang bertanding berdasarkan maklumat yang diperolehnya.

Bagaimanapun, beliau berharap calon yang mempunyai hubungan rapat dengan penduduk setempat dapat memenangi pilihan raya berkenaan.

Tinjauan di pusat mengundi SK Seri Duyong mendapati pengundi mula berbaris di hadapan sekolah seawal pukul 7 pagi sebelum pusat mengundi dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 8 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN