fbpx
NICKY menawarkan suapan wang tunai kepada anggota dan pengawai penguat kuasa.

Nicky ‘pasang kaki’ di IPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dipercayai merekrut anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melicinkan kegiatan jenayah te­rancang yang didalanginya.

Satu sumber berkata, mereka yang direkrut itu terdiri daripada pelbagai pangkat bermula daripada anggota bawahan hingga ke peringkat pegawai kanan.

“Dia (Nicky) menjalinkan hubungan yang baik dengan anggota dan pegawai di peringkat ibu pejabat polis daerah (IPD) dan kontinjen negeri.

“Kita percaya hampir setiap IPD terutama di Lembah Klang, ada (pegawai dan anggota) yang berkawan rapat dan menjadi ‘mata-mata’ Nicky,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut sumber itu, disebabkan tindakan tersebut, Nicky, 33, mampu bertahan dalam kegiatan jenayah yang dijalankan sejak tujuh tahun lalu.

Nicky juga digambarkan sebagai individu yang licik apabila merapati anggota dan pegawai dalam kalangan staf agensi penguat kuasa dengan mengumpan mereka dengan wang tunai, kenderaan dan wanita.

Untuk rekod, terdapat seba­nyak 16 IPD di Selangor dan enam IPD di Kuala Lumpur.

Selain Lembah Klang, sumber itu tidak menolak kemungkinan Nicky turut merekrut anggota dan pegawai PDRM di kontinjen-kontinjen negeri lain.

Dalam pekembangan sama, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah mendapat kelulusan notis merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan

Nicky dan pembantunya, Niu Zhe, 31, yang merupakan warga China.

Menurut beliau, notis merah bagi mengesan Nicky diterima pada Selasa lalu, manakala notis bagi Niu Zhe pula diterima pada kelmarin.

Pada 15 April lalu, Kosmo! melaporkan PDRM dalam proses untuk mendapatkan notis merah bagi menjejaki lelaki itu yang telah dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini pada awal bulan ini.

Notis biru digunakan untuk mengesan lokasi suspek berada, manakala notis merah pula membolehkan polis membuat permohonan kepada Interpol bagi memberkas suspek.

Polis sebelum ini melumpuhkan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky yang dipercayai terlibat dalam jenayah terancang antarabangsa, Macau Scam dan pengubahan wang haram.
Seramai 68 orang ditahan dan ratusan ribu ringgit wang tunai serta aset bernilai jutaan ringgit dirampas dalam 70 serbuan yang diadakan di sekitar Lembah Klang pada Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN